fbpx

1 parah, 5 cedera ringan tongkang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah tongkang terbakar dalam kejadian di Gat Lebuh Macallum di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang mangsa mengalami kecederaan parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah tongkang di Gat Lebuh Macallum, Pengkalan Weld di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi itu menyebabkan mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas diberi rawatan awal.

Antara mangsa yang terlibat di dalam kejadian sebuah tongkang terbakar di Gat Lebuh Macallum di George Town hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.54 pagi dan tiba ke lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah tongkang dengan anggaran peratusan kemusnahan kira-kira 20 peratus.

“Terdapat enam mangsa terlibat dengan seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

“Lima mangsa lagi mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan. kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 11.08 pagi dan telah dapat dipadamkan pada pukul 11.30 pagi tadi,” katanya.

Beliau memberitahu, kerja-kerja kerja-kerja ‘overhaul’ masih dijalankan ketika ini dan operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela yang berdekatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI