fbpx

Wanita terkejut terima hadiah satu lori minyak wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna TikTok ini terharu menerima satu trak berisi minyak wangi. - TikTok

JAKARTA – Seorang gadis yang sebelum ini menjadi tular ekoran memuat naik video memaparkan dia memuji minyak wangi dipakai oleh seorang lelaki tidak dikenalinya terkejut selepas lelaki itu menghantar satu lori berisi haruman itu kepadanya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video insiden itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @sawitri_nopela dan sehingga kini ia mencatat 8.4 juta tontonan dengan lebih 931,000 tanda suka.

“Terima kasih kepada pemiliknya, semoga rezekinya melimpah.

“Ini sesuatu yang tidak dijangka dalam hidup saya, saya diberikan minyak wangi sehingga satu lori,” demikian kapsyen yang dimuat naik wanita itu bersama video tersebut.

Sebelum ini, wanita itu pernah bertanya kepada seorang lelaki yang ditemuinya tentang minyak wangi yang dipakai selepas tertarik dengan wangian lelaki itu.

Mereka kemudian bertukar-tukar nombor telefon dan lelaki itu menghantar gambar minyak wangi yang dipakainya. 

Netizen yang menonton video itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-ratanya meminta supaya wanita itu mendermakan minyak wangi yang diterima kepada mereka.

“Hantarkan kepada saya kak, minyak wangi saya hanya tinggal botolnya,” komen seorang netizen.

“Jual, dan selebihnya  disedekahkan,” komen netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI