fbpx

Motosikal, basikal nikmati separuh harga tambang feri Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal dan basikal di Pulau Pinang akan menikmati potongan tambang feri roro selama setengah tahun pada tahun hadapan.

GEORGE TOWN – Penunggang motosikal dan basikal yang menggunakan perkhidmatan feri menghubungkan Seberang Perai dan bahagian pulau di negeri ini bakal menikmati potongan separuh harga tiket selama enam bulan tahun hadapan.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPSB), Datuk Tan Teik Cheng berkata, potongan harga tiket 50 peratus itu untuk pengguna feri bagi kenderaan beroda (roro).

“Bagi meringankan beban rakyat yang terjejas ekoran Covid-19 dan aspirasi Keluarga Malaysia, 50 peratus tambang feri kepada pengguna roro ditanggung PPSB selama enam bulan bermula 1 Januari ini.

“Bagi tempoh itu, PPSB menanggung peruntukan RM58,333 sebulan atau keseluruhannya RM350,000,” katanya pada sidang akhbar di Terminal Swettenham Pier Cruise di sini hari ini.

Dengan pengumuman itu, pengunggang motosikal bakal menikmati tambang RM1 berbanding RM2 dan basikal 60 sen berbanding RM1.20 dalam tempoh tersebut.

Terdahulu, kerajaan negeri bersetuju menyambung pembiayaan tambang feri bagi pengguna pejalan kaki warga Malaysia selama setahun lagi mulai 1 Januari tahun hadapan selepas dilaksanakan bermula Julai lalu.

Dalam pada itu, Teik Cheng berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM30 juta bagi membeli lima buah feri baharu tahun ini dan tahun hadapan.

Ketika ini, pejalan kaki menggunakan perkhidmatan feri bot laju sementara, manakala penunggang motosikal dan basikal menggunakan perkhidmatan roro berasingan sebelum beralih kepada perkhidmatan katamaran atau bas air dan pengangkut kenderaan baharu yang dijangka bermula Julai tahun hadapan.

Ia bagi menggantikan perkhidmatan feri ikonik yang telah berusia yang akan dijadikan restoran dan muzium terapung oleh pihak swasta. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI