fbpx

Chelsea mahu ‘selamatkan’ Dest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEST tersisih daripada perancangan Xavi menyebabkan Chelsea bersedia untuk membawanya ke Stamford Bridge. – AFP

LONDON – Juara Eropah, Chelsea dilaporkan sedia menyambar khidmat pertahanan kanan Barcelona, Sergino Dest yang kini bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama gergasi Sepanyol itu.

Dest, 21, menjadi pilihan utama The Catalans ketika di bawah bimbingan Ronald Koeman selepas berhijrah daripada Ajax tahun lalu, namun segalanya ber­ubah apabila dia gagal memikat hati Xavi Hernandez.

Menurut laporan akhbar Sepanyol, El Nacional, Xavi lebih gemar untuk menggunakan khid­mat Oscar Mingueza, Ronald Araujo dan Sergi Roberto di bahagian pertahanan kanan berbanding pemain skuad antarabangsa Amerika Syarikat itu.

Kepulangan semula Dani Alves ke Camp Nou dilihat membataskan lagi peluang Dest untuk terus beraksi dengan Barcelona selepas ini.

Justeru, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mahu memanfaatkan situasi itu dengan mengemukakan tawaran bernilai £30 juta (RM168.91 juta) kepada Barcelona supaya melepaskan Dest ke Stamford Bridge bulan depan.

The Blues merasakan Dest mampu menguatkan benteng pertahanan mereka selepas Ben Chilwell terpaksa dipinggirkan untuk beberapa bulan disebabkan kecederaan pergelangan kaki yang serius.

Bagaimanapun, Chelsea dijang­ka berdepan saingan daripada beberapa kelab Eropah antaranya Manchester United dan Bayern Munich yang turut berminat mendapatkan khidmat pertahanan versatil itu.

Difahamkan, Bayern telah menghubungi Barcelona enam minggu lalu mengenai urusan perpindahan Dest sama ada berhijrah secara tetap atau pinjaman sehingga akhir musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI