LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan kalendar Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan diumumkan pada awal bulan depan bagi memastikan semua pihak lebih bersedia dengan perjalanan jadual yang telah diatur.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya masih lagi merangka jadual saingan Liga M khususnya Liga Super dan Liga Premier keĀrana masih menunggu kalendar pertandingan di bawah anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

āKita akan umumkan kalendar baharu Liga M musim 2022 selewatnya awal Januari depan.
āIni kerana, pihak kami masih lagi dalam proses merangka jaĀdual selain menunggu cadangan pertukaran tarikh pertandingan anjuran AFC.
āSudah tentu harapan MFL pada saingan musim depan adalah tiada lagi penundaan saingan liga ekoran pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan perancangan awal yang telah diatur,ā katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Terdahulu, MFL sebagai peĀngelola liga tempatan turut dipersalahkan sebagai punca kegagalan Harimau Malaya tampil menyerlah pada saingan Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura selepas tersingkir di peringkat kumpulan baru-baru ini.
Stuart meĀngakui pihaknya tidak mempunyai sebarang isu berbangkit dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi saingan musim lepas sebaliknya masalah kelewatan tiba menerusi sekatan seperti arahan kuarantin dan sebagaiĀnya.
āFAM sedia maklum dengan jadual yang kita buat, tetapi masalah berlaku dengan kekaĀngan pandemik tahun ini yang mana pasukan negara perlu menjalani kuarantin untuk tempoh yang lama selepas selesai tugasan antarabangsa.
āBukan jadual tempatan menjadi gangguan kepada pasukan kebangsaan sebaliknya jadual skuad kebangsaan dengan kuarantin mengganggu liga tempatan,ā katanya.
Sebelum ini skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe hanya mampu mengumpulkan skuad penuh empat hari sebelum kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 selepas saingan final Piala Malaysia hanya berakhir pada 30 November lepas.














