fbpx

‘Selamatkan orang lebih utama walaupun rumah sendiri banjir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azlan (tengah) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Rashidan di rumahnya di Kampung Lombong hari ini. /FOTO ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Walaupun rumah sendiri ditenggelami air namun tidak pernah mengganggu fokus seorang anggota bomba untuk terus melakukan kerja-kerja penyelamatan.

Rashidan Gulam,25, yang merupakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam berkata, semasa kejadian rumahnya di Kampung Lombong telah dinaiki air lebih satu meter dengan dirinya ditugaskan dalam operasi di Bukit Lancong berhampiran Putra Height.

Katanya, tanggungjawabnya sebagai pasukan penyelamat perlu diteruskan dan menganggapnya sebagai satu cabaran selepas menyertai anggota beruniform itu.

“Saya perlu fokus sebab ramai penduduk yang sedang berdepan kesukaran ketika itu dan memerlukan khidmat kami sebagai bomba.

“Hampir tiga hari rumah saya ditenggelami air dan tidak boleh dimasuki dengan banyak harta turut rosak,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, beliau dikunjungi Ikon Muda Usahawan dan Peneraju Syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn.Bhd., Mohamad Azlan Abdullah@Ali yang memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar Shah Alam dan Puchong.

Mengulas mengenai kritikan pihak tertentu terhadap anggota JBPM, Rashidan berkata, sebagai manusia biasa dia juga berasa sedih.

“Faham ramai tertekan namun sebagai anggota bomba, kami bertungkus lumus membantu sesiapa sahaja tanpa mengira rumah sendiri turut dilanda musibah banjir,” jelasnya.

Sementara itu Mohamad Azlan berkata, pengorbanan Rashidan perlu dicontohi kerana mengutamakan nyawa orang lain berbanding harta benda sendiri yang pasti rosak akibat banjir. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI