fbpx

Muzium pertanian pertama bakal dibina di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (kiri) melawat pameran Koleksi Keris Tiga Tokoh Kelantan di Muzium Negeri Kelantan, dekat sini hari ini.

KOTA BHARU – Kelantan dipilih sebagai negeri pertama yang menjadi lokasi pembinaan sebuah muzium pertanian dalam usaha untuk memperkenalkan alatan tradisional pertanian dan kesenian yang digunakan petani terdahulu kepada generasi muda.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Persidangan Dewan Rakyat di ibu negara tiga minggu lalu.

Menurutnya, Kelantan dipilih sebagai pangkalan utama untuk pembinaan muzim itu memandangkan negeri ini mempunyai banyak lokasi pertanian yang mempunyai nilai tersendiri.

“Kita akan mengadakan pertemuan dan perbincangan lanjut buat kali kedua dengan Perdana Menteri bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membincangkan beberapa perkara mengenai pelaksanaan muzim berkenaan.

“Kawasan pembinaan lokasi muzim itu juga telah dikenal pasti dan hanya menunggu masa untuk perbincangan susulan mengenai pelaksanaannya. Kita berharap dan berdoa agar rancangan ini akan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Koleksi Keris Tiga Tokoh Kelantan dan Majlis Penyampaian Senjata Cantik Semenanjung di Muzium Negeri Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Ab. Rahman.

Pameran yang bermula pada 15 Disember hingga 15 Februari depan turut mempamerkan pelbagai koleksi keris dan senjata Melayu yang mempunyai nilai selain sejarah tersendiri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI