fbpx

Lumpur tebal, lambatkan usaha pembersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah di Hulu Langat selepas dilanda banjir lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kerja-kerja pembersihan di Hulu Langat terutama di kawasan kampung dilihat lebih susah akibat keadaan lumpur yang tebal.

Menerusi satu hantaran di laman Twitter milik Adam Adli, beberapa gambar di muat naik menunjukkan keadaan rumah di sana selepas dilanda banjir.

Sementara itu, Adam juga menunjukkan perbandingan foto sebelum dan selepas rumah itu dicuci bersama pasukannya.

“Ini hasil kerja pasukan Hulu Langat, yang betul-betul tegar (hardcore) sahaja kami hantar ke sana,”ciapnya.

Dipercayai, usaha membersihkan rumah tersebut mengambil masa hampir satu hari menyebabkan kebanyakan rumah masih tidak dibersihkan.

Rata-rata orang ramai turut bersimpati dan memuji usaha sukarelawan yang turun membantu.

“Sumpah kat Hulu Langat, satu rumah ambik masa yang lama untuk dibersihkan,”kata miyscha.

“Rumah mak aku kalau banjir, lima jam pun nak patah pinggang bersihkan. Inikan lumpur tebal macam ni, terima kasih yang tolong,” ujar Lola.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI