fbpx

Hairuddin dilantik penolong jurulatih skuad Sang Penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIRUDDIN (tengah) akan bergandingan dengan Mohd. Nafuzi selepas dilantik sebagai penolong jurulatih dalam skuad TFC musim depan.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

BEKAS penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar kembali berbakti kepada negeri kelahirannya apabila dilantik sebagai penolong jurulatih Terengganu FC (TFC).

Pelantikan tersebut me­nyaksikan jurulatih kelahiran Setiu itu kembali berganding bahu bersama ketua jurulatih yang juga bekas rakan sepasukannya dalam pasukan Terengganu, Mohd. Nafuzi Zain.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata, pengalaman Hairuddin diharap dapat membantu Mohd. Nafuzi membentuk pasukan lebih mantap pada musim depan.

Menurutnya, Hairuddin juga bukan nama asing buat negeri itu dengan pelbagai kejayaan termasuk menjulang Piala Malaysia bersama ketua jurulatih TFC itu pada musim 2001.

“Kemasukan beliau (Hai­ruddin) bakal menyuntik lebih kualiti dalam barisan kejurulatihan sedia ada termasuk seorang lagi penolong jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan yang turut dikekalkan.

“Ketiga-tiga jurulatih ini adalah bekas pemain Terengganu. Jadi saya yakin keserasian mereka memberi kelebihan kepada TFC,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu semalam.

Hairuddin yang juga bekas penyerang Kelantan, ATM dan Negeri Sembilan merupakan bekas penolong jurulatih skuad Bawah-19 (B-19) kendalian Bojan Hodak pada musim 2017 sehingga 2019.

Sebelum itu, beliau turut pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) selain bergelar usahawan sambal bilis ‘DuoBotak’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI