fbpx

Jalan, laungan semangat hadapi era pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU Jalan membariskan suara-suara generasi baharu dan lama.

KEHIDUPAN di seluruh dunia ketika ini dihujani pelbagai cabaran terutama pandemik yang mencengkam sejak beberapa tahun lalu.

Situasi kritikal yang dialami ketika ini pastinya meruntuhkan semangat ramai untuk kembali membina kehidupan selepas terduduk akibat kesan pandemik seperti hilang pekerjaan, apatah lagi paling menyedihkan, pemergian orang tersayang.

Menyedari keadaan tersebut, platform penstriman JOOX tampil dengan inisiatif membangkitkan kembali semangat hidup orang ramai dengan meluncurkan sebuah karya baharu berjudul Jalan.

Lagu tersebut menariknya menampilkan kolaborasi artis senior dan baharu serta penampilan istimewa watak animasi popular, Didi & Friends.

Antara senarai artis yang terlibat dalam projek tersebut ialah Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Sufian Suhaimi, Aziz Harun, Luqman Faiz, Fieya Julia dan Danial Chuer.

Mengikuti barisan di atas adalah wajah-wajah baharu yang turut menceriakan suasana seperti Firdaus Rahmat, Daniesh Suffian, Aniq Iffat, Aisha Retno, Ajoi Zainal, Khodi, Haikal Farid dan Erin CTJ.

Matlamat

Projek tersebut merupakan jalinan kerjasama kali kedua antara JOOX dengan penyanyi Faizal Tahir bagi proses penerbitan.

Pun begitu, dia menganggap projek kali ini agak berbeza dan unik kerana menitipkan mesej serta impak positif kepada rakyat Malaysia.

“Saya rasa tua sebab ramai anak muda dalam lagu ini. Tapi sangat bagus sebab dapat tengok semua orang seronok dan itulah matlamat utama.

“Pada akhirnya, selepas setiap kesusahan pasti ada jalan keluar. Apabila orang seronok, saya harap energi dan semangat dalam lagu ini dalam diprojekkan kepada pendengar. Kita masih ada sinar harapan,” katanya.

Biarpun begitu, penyanyi berusia 43 tahun itu mengakui tetap melalui cabaran terutama dalam pemilihan artis terbabit dan memastikan mereka semua dapat hadir ke studio untuk sesi rakaman.

“Tetapi ketika itu fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Agak mencabar nak panggil semua orang datang ke studio, tapi mereka tetap memberikan komitmen dan persembahan vokal yang cukup baik untuk menghidupkan lagu ini,” ujarnya.

Lagu Jalan boleh distrim secara eksklusif sebagai nada dering dan hasil kutipan akan disumbangkan untuk dana kecemasan yang diuruskan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) untuk membantu barisan pemuzik tempatan dalam kesusahan.

Menurut Ketua JOOX Malaysia, Angie Tan, lagu Jalan merupakan laungan semangat untuk industri muzik dan seluruh masyarakat saat menghadapi penularan pandemik.

“Harap karya ini dapat memberi sinar buat semua yang terkesan. Kami di JOOX sangat memahami cabaran yang dilalui industri sejak beberapa tahun dilanda pandemik.

“Sebagai usaha menyokong muzik lokal, JOOX akan mendermakan hasil kutipan untuk dana kecemasan diuruskan RIM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI