fbpx

RichWorks tawar bantuan buat usahawan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Azizan

PETALING JAYA – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menawarkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan kepada  menerusi kepakaran selama 13 tahun dalam membantu usahawan membina bisnes sehingga berjaya.

Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, selepas terkesan dengan pandemik sejak tahun lalu, kini bangsa usahawan berdepan pula musibah banjir yang pastinya menambah lagi beban yang ditanggung mereka selama ini.

“Fokus kni tertumpu kepada bagaimana mereka dapat kembali bangkit meneruskan operasi masing-masing.

“Bangsa usahawan yang terjejas akibat banjir boleh terus hubungi RichWorks di talian 019-2442244 untuk tetapkan janji temu agar kita boleh hubungi mereka semula,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Tambahnya, bangsa usahawan perlu mengambil peluang untuk mendapatkan bantuan, pinjaman tanpa faedah, geran dan moratorium yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban masing-masing setelah mengalami kerugian teruk.

“Jangan terlalu lama berasa mengalah, paling penting sekarang bagaimana untuk memulakan langkah bangkit semula daripada krisis yang dihadapi.

“RichWorks juga terkesan dengan musibah banjir. Pejabat, kenderaan dan rumah kakitangan turut dinaiki air, namun kita ambil ia sebagai ujian dan yakin pasti ada sinarnya nanti,” ujarnya.

Sementara itu,Azizan memaklumkan pihaknya melalui Pertubuhan Kebajikan Richwell (Richwell) sedang mengumpulkan dana bagi membantu mangsa banjir yang terjejas.

“Segala sumbangan daripada anak-anak didik kami di Richworks akan mula disalurkan kepada golongan yang memerlukan mulai esok, insya-Allah,” tambahnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI