fbpx

Jenama vape BAT menang Anugerah Lestari SEAL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenama vape oleh BAT, Vuse memenangi Anugerah Produk Lestari SEAL 2021.

PETALING JAYA – BAT mengumumkan jenama vape nombor satu global keluarannya, Vuse telah memenangi Anugerah Produk Lestari pada Anugerah Kelestarian Perniagaan SEAL (Sustainability, Environmental Achievement & Leadership) 2021 baru-baru ini.

Anugerah tersebut mengiktiraf produk inovatif yang memberi impak dan dibangunkan khusus untuk masa depan yang mampan.

Ketua Pegawai Pemasaran BAT, Kingsley Wheaton berkata, pihaknya berbesar hati menerima anugerah tersebut yang mengiktiraf usaha syarikat membangunkan jenama masa depan, dengan memfokuskan kepada soal kelestarian sebagai teras utama.

“Pada 2021, Vuse diiktiraf sebagai jenama vape karbon neutral pertama global.

“Ini merupakan sebahagian daripada program kelestarian Vuse yang lebih luas, menyasarkan untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna dan menggunakan pembungkusan boleh dikitar semula sepenuhnya menjelang 2025.

“Kami berbangga Vuse telah menetapkan standard kemampanan dalam kategori vape dan sebagai peneraju jenama, ini adalah sesuatu yang wajar dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Vuse telah diperakui secara bebas sebagai jenama vape karbon neutral global pertama oleh Vertis pada bulan Mei 2021, menandakan satu langkah penting dalam cita-cita BAT untuk memposisikan Vuse sebagai jenama vape yang mampan.

Ia turut menyumbang kepada cita-cita Kumpulan BAT untuk menjadi perniagaan karbon neutral menjelang 2030 dan mencapai status karbon neutral merentasi keseluruhan rantaian nilainya menjelang 2050. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI