fbpx

Buruh edar lebih 1.2 kg kanabis ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairol Anuar (tengah) dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini untuk prosiding pendengaran hukuman selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis empat tahun lalu.

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang buruh selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat lebih 1.2 kilogram, empat tahun lalu.

Tertuduh, Khairol Anuar Zakaria, 38, dilihat berada dalam keadaan tenang selepas hukuman itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 1227.9 gram di sebuah rumah di Kampung Dangar, Rantau Panjang kira-kira pukul 2.55 petang pada 17 April 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shaharaliza Ab. Razak, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed.

Ahmad Nizam dalam hujah terakhirnya memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman lebih ringan untuk memberi peluang kedua memandangkan anak guamnya sudah insaf dan menyedari kesalahan tersebut.

Shaharaliza semasa mengemukakan hujah balas telah merujuk keputusan terdahulu dalam kes yang sama dan hukuman yang dikenakan.

Mohamad Abazafree berkata, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Mahkamah menimbang setiap aspek sepanjang perbicaraan termasuk mengambil kira keterangan saksi-saksi dan eksibit.

“Tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan akan ditahan sehingga masa yang ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI