fbpx

Banjir: MKN arah seluruh jentera kerajaan bersiap siaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan sebuah kereta yang hanyut akibat banjir lumpur di Taman Chegar Medang, Bentong, semalam. – MOHD FARIZWAN HASBULLAH

PUTRAJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan seluruh jentera kerajaan khususnya agensi keselamatan dan kesihatan supaya berada dalam kesiapsiagaan peringkat tertinggi bagi menghadapi bencana banjir.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, dalam hal itu, Arahan MKN No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara) wajib diaktifkan segera melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Jelasnya, ia bagi menyusun strategi terbaik dan mengkoordinasi pelaksanaan pengurusan bencana banjir di lapangan yang berlaku dengan berkesan.

“MKN menyeru semua seluruh agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan untuk sama-sama berganding bahu memainkan peranan masing-masing supaya persediaan menghadapi banjir akan lebih tersusun demi keselamatan rakyat dan negara.

“Hal ini selaras dengan pendekatan ‘whole of government, whole of society approach’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, seluruh Keluarga Malaysia diminta supaya mematuhi arahan dan makluman berkaitan bencana dari sumber sahih dan boleh dipercayai.

“Marilah kita mendoakan agar negara kita terhindar dari segala bencana dan semua Keluarga Malaysia sentiasa kekal sejahtera dan selamat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI