fbpx

Banjir: Mangsa di Perak kekal 252 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Bilangan mangsa banjir di Perak kekal seramai 252 orang daripada 70 keluarga yang menghuni dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Teluk Intan sejak Isnin lalu.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, ia melibatkan 118 mangsa lelaki dan 134 wanita.

“Seramai 109 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Bandaraya Teluk Intan daripada 36 keluarga.

“PPS Sekolah Smart Batu 4 Jalan Changkat Jong pula menempatkan 143 mangsa daripada 34 keluarga,” kata jurucakap tersebut.

Kesemua penduduk ini dipindahkan susulan kejadian banjir akibat hujan lebat yang melanda Hilir Perak sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI