fbpx

Lelaki nafi dadah dibalut pada kemaluan miliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patrick Florence, 34, menafikan dadah dibalut pada kemaluannya adalah miliknya. - newsbreak.com

CLEARWATER, FLORIDA – Seorang lelaki di negeri Florida yang ditahan kerana melilit beberapa bungkusan dadah jenis kokain dan methamphetamine pada kemaluannya menyatakan bahawa bungkusan itu bukan miliknya, lapor akhbar New York Post semalam.

Menerusi laporan polis yang diperoleh laman berita The Smoking Gun, sebuah kereta dipandu tanpa lampu bernyala telah diarah berhenti  oleh pihak polis sekitar pukul 5 malam (waktu tempatan) pada Sabtu lalu di bandar Clearwater. 

Pemandunya ditahan kerana berada di bawah pengaruh dadah dan memiliki ganja.

Polis menemukan sepucuk pistol di bawah tempat duduk Patrick Florence, 34, yang merupakan salah seorang penumpang kereta itu. 

‘’Setelah memeriksa badannya, Florence menafikan beberapa bungkusan dadah yang dibalut pada kemaluannya adalah miliknya,’’ kata pegawai polis tempatan, Devi Blake.

Florence sebelum ini ditangkap hampir 20 kali kerana pelbagai kesalahan. Rekod jenayah menunjukkan majoriti penahanannya melibatkan tuduhan memiliki kokain. 

Dia ditahan atas empat pertuduhan memiliki dadah dan senjata dalam penahanan terbarunya itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI