fbpx

Cuaca buruk diramal pada 27 hingga 29 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bermula 27 hingga 29 Disember ini di beberapa kawasan di semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia melalui Facebook rasminya hari ini berkata, luruan monsun dijangka berlaku bagi tempoh tiga hari melibatkan kawasan di Pantai Timur Semenanjung.

“Kebarangkalian untuk berlaku hujan berterusan di kawasan tersebut adalah rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah.

“Namun hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat dalam tempoh tersebut,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 hingga 29 Disember 2021.

“Orang awam dinasihatkan merancang perjalanan ke kawasan-kawasan terlibat dan sentiasa peka dengan maklumat terkini cuaca,” katanya.

Jelasnya, luruan monsun adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI