fbpx

Wanita kongsi ‘tips’ pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk kampung meredah banjir setelah kediamannya dinaiki air di Lorong Mesra, Batu 7 1/2, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

PETALING JAYA – Orang ramai terutamanya mangsa banjir dinasihatkan supaya tidak membuang dahulu peralatan elektrik yang tenggelam akibat banjir.

Ini kerana peralatan itu mungkin boleh ‘diselamatkan’ lagi dengan mengikuti bebeberpa tips yang dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook dikenali sebagai Fida Firdauz.

Menurut individu itu, langkah pertama adalah jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk menguji sama ada ia masih berfungsi atau tidak.

Langkah kedua katanya, kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air (basuh) untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

“Buka penutup belakang atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

“Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas dua ke tiga hari sehingga tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya,” kongsinya di laman Facebook semalam.

Tambah Fida Firdauz, jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit (sukar dikeringkan) supaya betul-betul kering.

“Pasangkan balik penutup belakang dan kemudian hidupkan suis untuk uji sama ada peralatan itu sudah berfungsi atau tidak.

“Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir,”ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, tips berkenaan dikongsi supaya dapat membantu mangsa banjir mengurangkan pembelanjaan membeli peralatan letrik yang baru.

“Mudah-mudahan kita dapat membantu semua mangsa banjir. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI