fbpx

Penduduk lumpuh terkandas 24 jam atas bumbung diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad pemuda Lejas membantu menurunkan dua mangsa banjir yang lumpuh

PETALING JAYA – Tindakan sebuah badan sukarelawan, skuad pemuda Lejas membantu menurunkan dua mangsa banjir yang lumpuh menggunakan kerusi roda dari bumbung surau di Taman Sri Nanding, Shah Alam semalam meruntun hati orang ramai.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 24 saat yang dikongsikan pemilik akaun media sosial, Khairulnizam1881, dia dan rakan-rakannya terdengar jeritan orang meminta tolong untuk menuruntkan dua penduduk yang lumpuh dari atas bumbung semasa melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Namun begitu, Khairulnizam berkata, mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita warga emas itu sudah 24 jam berada di atas bumbung menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat.

“Pakcik itu kelihatan sudah hilang semangat sebelum kami mahu menurunkan beliau,” kata Khairulnizam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai merasa terharu dan berterima kasih atas tindakan orang ramai termasuk sukarelawan yang membantu mangsa banjir.

“Alhamdulilah selamat semuanya. Sahabat yang membantu mangsa banjir kamu memang terbaik dan jasa kamu semua Allah akan membalasnya, Amin,” kata @shamrony80.

“Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan segala urusan dan lindungilah mangsa banjir di bumi Malaysia,” kata @nuri_smile11.

“Terima kasih semua yang telah membantu, hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga pahala sebesar-besarnya dan syurga buat kalian,” ujar @sha_300. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI