fbpx

AADK turun padang bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad antidadah membantu mangsa banjir yang berlaku baru baru ini

PETALING JAYA – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi Skuad Antidadah melibatkan seramai 53 orang mengambil inisiatif melaksanakan misi bantuan bagi membantu mangsa terjejas banjir.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, usaha misi bantuan itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) AADK agensi itu untuk  membantu mereka memerlukan dalam menghadapi dugaan banjir.

“Selain komited membanteras penyalahgunaan dan penagihan dadah di negara ini, sukarelawan Skuad Antidadah juga prihatin terhadap masyarakat dan peka kepada isu semasa bencana yang berlaku khususnya di sekitar Selangor.

“AADK menggerakkan Skuad Antidadah Daerah Kuala Selangor, Skuad Antidadah Daerah Hulu Langat, Skuad Antidadah Daerah Sepang dan Skuad Antidadah Daerah Ampang ke beberapa lokasi bagi menghulurkan bantuan atas dasar CSR,” katanya dalam satu kenyataan itu tadi.

Operasi turun padang berkenaan melibatkan kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam; Batu 14 dan Sungai Lui di Hulu Langat serta Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang.

Dalam pada itu, skuad Antidadah bersama jabatan dan agensi penguatkuasaan berganding bahu menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa terperangkap menggunakan bot penyelamat termasuk mengagihkan makanan, barangan asas dan membersihkan rumah penduduk. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI