fbpx

Cavani pilih Barcelona berbanding Boca Juniors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI dilaporkan sedia menerima tawaran Barcelona biarpun Boca terlebih dahulu menyatakan minat mendapatkan khidmatnya. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Edinson Cavani dilaporkan memilih untuk menyertai Barcelona pada jendela perpindahan bulan depan biarpun khidmatnya di­tagih oleh kelab gergasi Argentina, Boca Juniors.

Kehilangan Sergio Aguero yang bersara ekoran masalah jantung yang dihadapi menyebabkan Cavani dilihat sebagai calon terbaik untuk menyelesaikan masalah ketumpulan di bahagian serangan skuad kendalian Xavi itu.

Kegagalan mendapatkan minit permainan yang lebih banyak di Old Trafford me­nyaksikan Cavani memilih untuk meninggalkan pasukan itu ketika kontraknya bakal berakhir pada Jun depan.

United juga dilaporkan tidak akan menyekat keinginan bekas penyerang Napoli itu untuk berpindah kerana ia merupakan peluang untuk mereka mengurangkan beban ke­wangan kelab biarpun Cavani merupakan antara pemain yang sangat popular dalam kalangan para peminat.

Kali terakhir Cavani beraksi adalah pada 2 November lalu ketika berdepan Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara dan gol terakhir dijaringkannya pada 30 Oktober ketika United menewaskan Tottenham Hotspur.

Beberapa siri kecederaan termasuk pembedahan tendon menjadi punca Cavani tidak berjaya untuk kekal konsisten membantu pasukan itu sehingga dia terlebih dahulu dikaitkan dengan perpindahan ke Boca sebelum Barcelona tampil menyatakan minat.

Kehilangannya tidak begitu menjejaskan rentak United ketika pasukan itu masih memiliki Mason Greenwood, Marcus Rashford dan Cristiano Ronaldo untuk mengetuai jentera serangan mereka. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI