fbpx

Plaza Tol, persimpangan bertingkat Shah Alam masih ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usaha menyelamat mangsa terkandas di lebuh raya dijalankan PLUS bersama pihak PDRM dan Bomba.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengumumkan Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam kekal ditutup berikutan kejadian banjir kilat yang berlaku semalam.

PLUS menerusi satu kenyataan hari ini berkata, usaha menyelamat mangsa terkandas di lebuh raya berkenaan masih diteruskan sehingga pukul 7 pagi tadi.

“Usaha menyelamat PLUS bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berjaya memindahkan lebih 226 mangsa dengan selamat, mereka ditempatkan di lokasi sepanjang lebuh raya termasuk ibu pejabat, Persada PLUS.

“Setakat ini, trafik masih dilencongkan ke Persimpangan Bertingkat Subang dan Persimpangan Bertingkat Seafield,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, PLUS akan terus memantau keadaan lokasi dan kini sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang lebuh raya tersebut.

“Orang ramai yang merancang untuk pergi dan balik dari kawasan ini dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan mereka sehingga diberitahu atau mencari laluan alternatif.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di laman web PLUS, www.plus.com.my, Facebook PLUS Malaysia, Twitter PLUSTrafik serta PLUS App,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI