fbpx

Pemuzik ditahan miliki sejuta bahan pornografi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ROM – Seorang lelaki Itali berusia 49 tahun diberkas polis kerana memiliki satu juta fail mengandungi bahan pornografi kanak-kanak, lapor laman berita Wion News semalam.

Suspek yang bekerja sebagai pemuzik dan berasal dari bandar Ancona, wilayah Marche itu memiliki sejuta gambar dan klip video menggambarkan kanak-kanak dalam keadaan tidak senonoh dengan orang dewasa.

Polis berkata, lelaki itu telah mengumpul bahan pornografi kanak-kanak selama lebih 20 tahun.

‘’Suspek menyimpan fail tersebut dalam cakera keras, media optik dan telefon bimbit yang dibahagikan dengan teliti kepada folder berbeza. “Bahan pornografi itu juga  disusun mengikut jenis foto atau video serta umur mangsa,’’ kata  polis.

Walaupun pemuzik itu pernah mengajar kanak-kanak di bawah umur, namun tiada bukti dia melakukan penderaan seksual dilakukan, tambah polis.

Pornografi kanak-kanak diharamkan di seluruh dunia. Ramai suspek telah ditangkap kerana memiliki imej dan video sedemikian.

Pada tahun lalu, polis Itali telah menumpaskan kumpulan penjenayah yang mengedarkan bahan pornografi kanak-kanak melalui platform pemesejan segera.

Polis Itali  mengeluarkan berpuluh-puluh waran tangkap selepas mengumpulkan maklumat yang diterima melalui pelbagai sumber. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI