fbpx

Mangsa banjir berlindung atas bumbung tunggu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan situasi beberapa penduduk di kawasan Hulu Langat yang terpaksa berlindung di atas bumbung rumah ekoran keadaan air yang tinggi.

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Hulu Langat berdepan detik cemas selepas terperangkap apabila rumah mereka ditenggelami banjir.

Kejadian menimpa beberapa buah keluarga itu tular di laman sosial selepas video kejadian berdurasi 29 saat itu dikongsikan orang ramai.

Menerusi video tersebut, mereka yang terbabit terpaksa berlindung di atas bumbung rumah ekoran keadaan air yang tinggi sementara menunggu bantuan tiba.

Selain itu, mereka juga dikatakan tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman. Jumlah mangsa yang terlibat juga masih belum dapat dikenal pasti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI