fbpx

KPLB salur peruntukan RM4 juta bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensinya, memperuntukkan RM4 juta sebagai bantuan segera bakul makanan tambahan kepada kumpulan sasar mangsa banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, lapan agensinya iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora).

“Begitu juga dengan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, (Kesedar), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) masing-masing memperuntukkan RM500,000 bagi membantu mangsa terjejas.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan juga ketua-ketua agensi KPLB untuk mengambil tindakan segera bagi menyalurkan bantuan berbentuk bakul makanan tambahan kepada mangsa banjir di kawasan terjejas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KPLB juga akan membaik pulih infrastruktur dan rumah yang rosak atau musnah dalam kejadian banjir di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Di Kelantan, agensi KPLB iaitu Kesedar juga telah membuka bilik gerakan banjir mulai 17 Disember 2021.

“Sejumlah 200 unit bakul makanan akan diserahkan esok kepada mangsa yang terkandas di kediaman masing-masing,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI