fbpx

Hrithik Roshan digelar ‘pembunuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HRITHIK ROSHAN

GARA-GARA sebuah video, aktor tinggi lampai Hrithik Roshan digelar ‘pembunuh’ oleh peminatnya dalam laman sosial.

Ujar peminat pelakon filem Koi…Mil Gaya itu, Hrithik kelihatan sangat kacak dengan pandangan mata yang tajam dalam video tersebut sehingga boleh ‘membunuh’ peminatnya.

Dalam video tersebut, Hrithik tampil mempromosikan platform laman penstriman Netflix India dengan seraut wajah yang tampan dan bergaya.

Perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya sekali gus membuatkan para peminat tidak keruan sekali gus memuji penampilan aktor itu.

“Pandangannya begitu membunuh. Bagaimana seseorang boleh memiliki raut wajah yang begitu tampan?” puji salah seorang pengikutnya dalam Instagram.

“Pandangan anda telah membunuh kami!” kata seorang lagi peminatnya.

Perkembangan terkini, Hrithik akan muncul dalam sebuah filem yang diadaptasi daripada naskhah Tamil, Vikram Vedha di samping pelakon ternama lain seperti Saif Ali Khan dan Radhika Apte.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI