fbpx

Conte yakin pemain sedia hadapi Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Spurs mungkin berdepan masalah dari aspek kecergasan selepas mereka tidak beraksi dalam sebarang perlawanan sejak hampir dua minggu lalu. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengakui selepas apa yang berlaku di kelab itu sejak awal bulan ini, para pemainnya kini sudah bersedia untuk menyambung perjuangan mereka terutama menentang Liverpool awal pagi esok.

Spurs berdepan penularan Covid-19 yang mengejutkan memaksa tiga perlawanan melibatkan pasukan itu ditangguhkan selain mereka juga terpaksa menutup pusat latihan utama pasukan.

Kali terakhir Spurs beraksi ketika mereka menewaskan Norwich City 3-0 pada 5 Disember lalu sebelum beberapa pemain dan pegawai pasukan mereka disahkan positif wabak pembunuh tersebut.

Situasi itu menyaksikan aksi menentang Rennes dalam aksi Liga Konferensi Eropah serta dua perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton dan Leicester City juga terpaksa dijadualkan semula.

Lapan pemain utama dan sembilan staf kejurulatihan serta beberapa pemain daripada pasukan remaja mereka telah disahkan positif sepanjang tempoh dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Conte meng­a­kui kali ini pasukannya sudah pulih dan bebas daripada sebarang jangkitan serta mempunyai jumlah pemain yang cukup untuk turun menyekat kemaraan Liverpool dalam saingan EPL.

“Saya fikir kami sudah bersedia untuk mengikuti segala peraturan dan itu adalah keutamaan. Jika mereka mempunyai peraturan, sudah tentu ia terpakai untuk semua pasukan.

“Kami bersedia untuk kembali beraksi dan mengikut syarat yang telah diberikan kepada kami. Ia bukan mudah, sudah tentunya. Saya fikir pemain tidak ada masalah dari aspek motivasi kerana jika ia berlaku, saya sudah pasti dapat merasainya,” kata Conte. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI