fbpx

Banjir: 58 lokasi di lapan negeri alami bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. – FOTO : FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Sebanyak 58 lokasi di lapan negeri dilaporkan terjejas akibat banjir, cerun dan jalan runtuh serta jambatan rosak dan mendap disebabkan hujan lebat berterusan, sejak dua hari lalu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi hantaran di Facebook berkata, keadaan buruk ini melibatkan beberapa kawasan Sepang dan Kuala Langat di Selangor.

“Di Terengganu melibatkan kawasan Setiu dan Dungun, serta Machang, Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai di Kelantan.

“Keadaan sama turut menjejaskan kawasan Temerloh, Raub, Bentong, Maran dan Kuantan di Pahang, manakala di Perak pula melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama,” katanya di sini semalam.

Laporan bencana bagi lapan negeri setakat pukul 10 malam tadi.

Selain itu, antara kawasan lain adalah di Baling dan Yan bagi negeri Kedah serta Kluang di Johor.

Sementara itu, bagi Negeri Sembilan turut menjejaskan kawasan di Seremban.

Jelasnya, sebanyak 33 kawasan banjir, 11 cerun runtuh mengakibatkan 33 jalan negeri dan 25 jalan Persekutuan dinaiki air ekoran hujan yang berpanjangan.

“Pahang antara daerah yang teruk terkesan diikuti dengan kelantan dan Perak,” ujarnya. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI