fbpx

Barcelona perlu bangkit atasi krisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI (tiga dari kanan) perlu memastikan Barcelona menang ke atas Eibar di Camp Nou awal pagi esok. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez perlu mencari jalan bagi memastikan kelab itu keluar daripada pelbagai masalah yang sedang dialami sekali gus menghidupkan semula peluang mereka musim ini.

The Catalan terus berada pada tahap terendah apabila gagal mencatatkan kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut sejak menewaskan Villarreal 3-1 pada aksi La Liga hujung bulan lalu.

Prestasi buruk itu menyaksikan Barcelona buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun gagal melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selain menduduki tangga kelapan La Liga ketika ini.

Justeru, Xavi perlu memastikan pasukannya kembali ke landasan kemenangan apabila menanti kunjungan Eibar di Camp Nou awal pagi esok selepas mereka turut tewas dalam satu aksi persahabatan kepada Boca Juniors kelmarin.

“Pasukan ini mempunyai potensi lebih hebat berbanding apa yang ditunjukkan sekarang. Ia lebih kepada masalah psikologi berbanding aspek bola sepak.

“Kami dalam situasi negatif dan ia memerlukan pengorbanan untuk keluar daripada masalah ini. Begitupun, masih ada beberapa perkara positif seperti kemunculan ramai pemain muda untuk masa depan pasukan.

“Saya harap para pemain dapat membuang mentaliti kekalahan dan kembali menunjukkan permainan terbaik. Sekarang adalah waktunya,” kata Xavi.

Dalam masa sama, Xavi juga mengakui, hanya pembelian pemain pada jendela perpindahan bulan depan dapat memulihkan situasi pasukan itu selepas kehilangan khidmat Sergio Aguero yang terpaksa bersara disebabkan masalah jantung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI