fbpx

Bapa perlu jadi contoh kepada isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang bapa sama ada miskin atau kaya, berpendidikan ataupun tidak tetap merupakan seorang pemimpin kepada keluarga yang perlu menjadi contoh ikutan kepada isteri serta anak-anak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengorbanan seorang bapa tidak dapat untuk dinafikan, memberi nafkah dan bertanggungjawab untuk menyempurnakan keperluan hidup, kewangan juga pendidikan.

“Hasrat untuk melahirkan generasi hebat yang akan mencorakkan dunia di dalam negara dan di persada antarabangsa bermula daripada peranan bapa sebagai pemimpin keluarga.

“Para bapa juga perlu elakkan daripada menjadi ‘a less involved father at home’ dan memainkan peranannya di rumah, bukan hanya aktif di tempat kerja atau di luar rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program World #QuranConvention 2.0 kali kedua yang bertajuk ‘Fatherless Homes’ secara maya hari ini.

Penganjuran program World #QuranConvention 2.0 itu membawakan tema penting iaitu Bapa sebagai Pemimpin Masuk Syurga Keluarga bagi membentuk kerangka fikir seorang bapa yang berlandaskan al-Quran.

Menurut beliau, keluarga muslim terutamanya perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis sebagai panduan peranan utama seorang bapa dalam mendidik nilai-nilai mulia dalam sesebuah keluarga.

“Nilai murni yang dididik itu akan melahirkan sebuah keluarga yang sejahtera yang membesarkan persamaan, yang menerima setiap perbezaan dengan hati yang terbuka serta saling menghormati walaupun berbeza agama dan latar belakang.

“Inilah juga konsep yang saya perkenalkan dalam ucapan sulung saya pada 22 Ogos lalu sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9, saya telah memperkenalkan konsep dan falsafah Keluarga Malaysia yang berteraskan tiga nilai utama iaitu Inklusiviti, Kebersamaan dan Kesyukuran,” ujar beliau. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI