fbpx

Banjir: 1,119 mangsa sudah dipindahkan di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Sungai Lembing, hari ini.

KUANTAN – Seramai 1,119 mangsa banjir daripada 300 buah keluarga dari empat daerah di negeri ini ditempatkan di 44 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat ini.

Menurut kenyataan Info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Raub merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu sebanyak 617 orang yang ditempatkan di 21 PPS.

“Selain itu tiga daerah lagi ialah Maran sebanyak 178 mangsa, Lipis (166 mangsa) dan Jerantut yang merekodkan 158 mangsa.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kundang Patah, Raub menempatkan paling ramai mangsa banjir di negeri ini iaitu seramai 107 orang diikuti dengan PPS Dewan Semai Bakti Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut dengan 103 mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengeluarkan kenyataan mengenai amaran banjir di lembangan sungai Pahang iaitu Sungai Tembeling, Jerantut.

Menurut kenyataan itu, susulan amaran cuaca bahaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, banjir dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di daerah terbabit sekiranya hujan lebat berpanjangan.

Antara kawasan yang dijangka akan berlaku banjir adalah Kampung Kuala Tahan, Kampung Padang, Kampung Merting, Kampung Gold dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, katanya, empat sungai di negeri ini mencapai tahap bahaya iaitu Paya Gintong dan Sungai Tembeling, Jerantut, Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI