fbpx

MAPS bukan dibiayai kerajaan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Meru Raya.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan bahawa kerajaan negeri membiayai pembangunan projek Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Meru Raya dekat sini yang telah ditutup.

Jelas beliau, sebaliknya projek tersebut dibiayai PCB Development Sdn. Bhd. (PCBD) iaitu anak syarikat kepada PCB yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Katanya, malah projek tersebut dilaksanakan menerusi pinjaman daripada beberapa institusi kewangan lantas tidak timbul isu kononnya kerajaan Perak berhutang seperti yang didakwa pembangkang.

“Sejak tahun 2019, saya didendangkan dengan dakwaan kononnya kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM600 juta dalam projek MAPS.

“Sebagai Menteri Besar, hari ini saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan negeri tidak terlibat dengan sebarang hutang dan tidak bertanggungjawab untuk membayar hutang berkenaan,“ ujarnya semasa membuat Penggulungan Ucapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Saarani berkata, sehubungan itu kerajaan negeri juga tidak mencampuri urusan perniagaan syarikat berkenaan kerana ia diuruskan secara profesional lembaga pengarah dan badan pengurusan syarikat.

“Dalam erti kata lain, Kerajaan Negeri tidak mempunyai ’locus standi’ (atau hak di sisi undang-undang) untuk mencampuri urusan syarikat berkenaan,” katanya.

MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu menghentikan operasi pada Januari tahun lalu akibat masalah kewangan tetapi tiada tempoh ditetapkan bagi penutupan tersebut.

Semasa persidangan pada Selasa lalu, Nga Kor Ming (DAP-Aulong) mendakwa, MAPS yang kini menjadi projek gajah putih menyebabkan anak syarikat kerajaan negeri, Perak Corporation Berhad (PCB) berhutang sebanyak RM810 juta. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI