fbpx

Anggota bomba cemas dipatuk ular kapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular kapak tokong yang mematuk Abdul Rahim dalam operasi menangkap ular di Kampung Baru Kerteh, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pengawai bomba berdepan cemas apabila tangan kirinya dipatuk seekor ular kapak tokong yang berbisa sewaktu melakukan operasi menangkap reptilia itu di Kampung Baru Kerteh di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Abdul Rahim Karim, 38, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kerteh terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan.

Menceritakan semula insiden tersebut, Abdul Rahim berkata, dia dan empat rakan sekerja dari BPP Kerteh bergegas ke sebuah rumah di Kampung Baru Kerteh sebaik menerima maklumat penemuan ular berbisa terbabit.

Beliau yang mempunyai pengalaman 18 tahun dalam operasi menangkap ular berkata, ular kapak tokong tersebut dilihat sedang melingkar di pintu rumah pengadu.

“Saya berjaya menangkap ular berwarna hijau tersebut dengan menggunakan alat penangkap ular.

“Begitupun, sewaktu mahu dimasukkan ke dalam karung, haiwan itu tiba-tiba bertindak agresif dengan mematuk tangan kiri saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI