fbpx

Gangguan air di Selangor dijangka pulih esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gangguan air di lima wilayah Selangor dijangka akan pulih sepenuhnya kira-kira pukul 11.30 malam esok.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, proses rawatan air mentah di Loji Rawatan air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) telah dimulakan berikutan tiada pencemaran bau dikesan di muka sauk.

“Ini adalah bagi memastikan agar air terawat yang bersih dan selamat dapat diagihkan kepada pengguna.

“Selain itu, sebanyak 81 lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 463 kawasan penduduk di lima wilayah di Selangor dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Gangguan itu ekoran pencemaran bau diesel yang dikesan di Sungai Semenyih menyebabkan tindakan henti tugas LRA Sg. Semenyih.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air itu menerusi semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor atau menghubungi talian 15300. K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI