fbpx

Agong, Raja Permaisuri singgah makan di KFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan makan tengah hari di Restoran KFC Jalan Ipoh, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli untuk santapan tengah hari di sebuah restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong berkesempatan singgah di restoran tersebut dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan tengah hari di tingkat atas restoran tersebut bersama pengunjung-pengunjung yang lain.

“Seri Paduka Baginda berkenan singgah di restoran tersebut dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang,” katanya hari ini.

Tambahnya, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni dan beramah mesra bersama pengunjung-pengunjung dan pekerja-pekerja restoran tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI