fbpx

Tanpa gangguan manusia, hutan tumbuh lebih cepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENERUSI proses dikenali sebagai penggantian skunder, hutan yang musnah mampu kembali tumbuh sendiri sekiranya tidak diganggu manusia selama 20 tahun.

BERDASARKAN satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini, sepasukan penyelidik mendakwa hutan tropika boleh tumbuh semula dengan kepantasan yang agak mengejutkan.

Kajian itu mendapati bahawa hutan tropika berpotensi tumbuh semula hampir sepenuhnya jika tidak disentuh oleh manusia selama kira-kira 20 tahun.

Ini disebabkan oleh mekanisme multidimensi di mana flora dan fauna hutan lama membantu pertumbuhan hutan generasi baharu. Proses semula jadi ini dikenali sebagai penggantian sekunder.

Penemuan baharu ini amat penting kerana boleh memainkan peranan dalam pengurusan kerosakan iklim dan memberi bayangan langkah yang boleh diambil manusia.

Penyelidik juga mencadangkan bahawa masih belum terlambat untuk membaiki kerosakan yang telah dilakukan manusia sehingga menyebabkan perubahan iklim dahsyat sejak beberapa dekad lalu.

Pakar ekologi di Universiti Wageningen di Belanda, Prof. Lourens Poorter berkata, itu merupakan satu berita yang baik.

“Saya merasakan 20 tahun itu masa yang realistik. Idea penjanaan secara semula jadi ini sering diabaikan dan ramai orang lebih memihak kepada penanaman semula pokok.

“Langkah ini membuahkan hasil yang lebih baik daripada penanaman semula untuk pemulihan,” jelasnya yang merupakan salah seorang penyelidik.

Mesej yang ingin disampaikan oleh kajian itu adalah kita tidak semestinya perlu menanam lebih banyak pokok apabila alam semula jadi boleh melakukannya dengan sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI