fbpx

Pembida harta Sajat mirip PA usahawan kosmetik terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pembida yang hadir pada proses lelongan aset Sajat di Selangor Polo Residency, Kota Damansara. - FOTO: AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang berjaya membida harta lelongan milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat dipercayai pembantu peribadi (PA) kepada usahawan kosmetik terkenal bergelar Datuk Seri.

Peguam Zeti Zulkifli daripada NHA Advocates & Solicitors yang mewakili bekas stokis terbesar Sajat, OWA Resources Sdn. Bhd. memberitahu, individu yang gagal dikesan itu ialah Muhammad Syazwan Ahmad Fiesol dan namanya mula kecoh di media sosial hari ini.

“Sekarang telah heboh di media sosial tentang Muhammad Syazwan yang dikatakan pembantu peribadi kepada seorang usahawan terkenal negara.

“Mukanya memang mirip dengan pembida yang berjaya membida aset Sajat semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Kosmo! semalam melaporkan lelongan aset Sajat di Jalan Polo, Kota Damansara dekat sini bertukar kecoh apabila seorang pembida yang berjaya membeli 40 aset usahawan kontroversi itu lesap dan gagal dikesan setakat malam tadi.

Zeti dilaporkan berkata, lelaki itu hilang selepas mengatakan mahu mengambil wang di bank.

“Kami tunggu sehingga pukul 4 petang, namun dia masih tidak muncul. Kami kemudian hubungi mahkamah untuk dapatkan tarikh baharu arahan bagi melelong aset Sajat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI