fbpx

Lelaki mengamuk pecahkan cermin kereta isteri ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan lelaki berkenaan memecahkan cermin kenderaan dinaiki isteri dan dua orang anaknya.

ALOR SETAR – Seorang lelaki yang mengamuk dan memecahkan cermin kereta isterinya dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Jalan Teluk Wanjah di sini pada kelmarin berjaya ditahan polis pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada wanita berusia 24 tahun itu pada pukul 10.37 pagi.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai kerani mendakwa ketika kejadian dia memandu kereta Perodua Axia sebelum menyedari diekori suaminya yang berusia 30 tahun di Lorong Panglima Jalan Teluk Wanjah di sini.

“Suspek pada masa itu menunggang motosikal jenis Honda Wave dan dia seterusnya bertindak menahan kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak mengetuk cermin sebelah penumpang hadapan beberapa kali dan menyuruh mangsa membuka tingkap dengan alasan mahu memberikan wang kepada anak mangsa.

“Mangsa kemudian membuka sedikit cermin kereta, namun secara tiba-tiba suspek merentap cermin berkenaan sehingga pecah dan tercabut.

“Serpihan kaca telah terkena pada anak mangsa sehingga menyebabkannya terkejut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI