fbpx

JPJ Pulau Pinang kutip saman RM176,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adenan (tengah) bersama petugas media sempena Program Hi Tea Bersama Media di Pejabat JPJ di Seberang Jaya hari ini. - FOTO : SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Lebih RM176,000 dikutip Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam tempoh enam hari pelaksanaan tawaran diskaun sehingga 80 peratus yang bermula Khamis lalu.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, sehingga semalam, sebanyak 3,571 transaksi bayaran saman telah direkodkan membabitkan kutipan sebanyak RM176,478 di seluruh negeri dengan 1,709 daripadanya melakukan pembayaran di kaunter.

“Kesalahan memandu melebihi had laju mendominasi jumlah keseluruhan saman yang dibayar oleh individu mahupun syarikat.

“Saman kedua tertinggi pula membabitkan kesalahan tidak memiliki lesen memandu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hi Tea Bersama Media di Seberang Jaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya sedia maklum tawaran diskaun telah dilanjutkan sehingga 31 Disember, namun pembayaran awal dijangka dapat mengelakkan kesulitan di saat akhir.

“Pada hari pertama pelancaran diskaun pada 9 Disember lalu, kita dapati sudah seramai 112 pelanggan datang ke sini malah ada yang menunggu seawal pukul 6.30 pagi untuk membuat pembayaran saman.

“Walau bagaimanapun, jumlah pelanggan yang datang ke kaunter berkurangan memandangkan bayaran saman turut boleh dilakukan menerusi pandu lalu dan dalam talian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI