fbpx

6 individu didakwa culik, pukul suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam individu didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka atas pertuduhan menculik dan memukul sepasang suami isteri, minggu lalu.

MELAKA – Gara-gara tidak berpuas hati ditipu sepasang suami isteri dalam pelaburan membabitkan kerugian RM9.5 juta, enam individu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik dan memukul pasangan itu, minggu lalu.

Tertuduh, Moe Chern Wei, 29; Fong Chong Yong, 25; Seow Kwee Chiew, 50; Chong Siow Chiew, 46; Kua Siew Mei, 37, dan Siah Soon Siong, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja empat pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan satu dan dua, kesemua tertuduh secara bersama-sama didakwa telah melarikan Choo Eng Hong, 27, dan isterinya Lee Chen Hwee, 33, dengan niat dikurung secara rahsia dan salah.

Tindakan itu dilakukan tertuduh antara pukul 2 sehingga 3 petang di hadapan sebuah rumah di Taman Malim Jaya pada 8 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan tiga dan empat, kesemua tertuduh turut didakwa telah memukul pasangan suami isteri itu menggunakan sebatang kayu sehingga menyebabkan cedera.

Kejadian itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam 8 Disember sehingga pukul 8 pagi 9 Disember di belakang sebuah bengkel, di Taman Malim Jaya, dalam daerah Melaka Tengah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI