fbpx

28 peniaga seluruh negara dikompaun ingkar skim harga maksimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aris (kanan) memantau harga sayur-sayuran dalam program Walkabout Pemantauan dan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan sebanyak 28 kompaun bernilai RM7,900 kepada peniaga yang ingkar Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dalam tempoh seminggu.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan) Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP, Aris Mamat berkata, kesemua kompaun itu dikeluarkan pihak kepada peniaga di seluruh negara bermula SHMKM diperkenal pada 7 Disember lalu hingga hari ini.

Menurutnya, KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan di 11,474 premis perniagaan di seluruh negara sebelum mengeluarkan sebanyak 28 kompaun kepada peniaga yang ingkar.

“Kompaun dikeluarkan melibatkan kesalahan tiada tanda harga langsung, tidak meletakkan tanda harga warna merah jambu dan menjual melebihi harga maksimum.

“Secara keseluruhan kes itu adalah terkawal kerana kebanyakan peniaga di negara ini dilihat masih mematuhi SHMKM yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya selepas mengadakan selepas Walkabout Pemantauan dan Pelaksanaan SHMKM di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Aris, berdasarkan tinjauan di Pasir Besar Siti Khadijah, harga beberapa jenis sayur-sayuran menunjukkan penurunan antara RM2 hingga RM5 manakala kebanyakan peniaga menjual ayam mentah sehingga RM9.30 sekilogram.

Katanya, kenaikan harga barangan yang berlaku sebelum ini berikutan keadaan cuaca dan kurang bekalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI