fbpx

Verstappen akui kesabaran berbaloi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN meraih kemenangan pada GP Abu Dhabi di Litar Yas Marina kelmarin sekali gus menobatkannya sebagai juara dunia bagi musim ini. – AFP

ABU DHABI – Selepas melakukan kejutan dengan merangkul gelaran dunia Formula Satu (F1) pada perlumbaan penutup musim di Abu Dhabi kelmarin, Max Verstappen mendedahkan dia tidak pernah putus harapan meskipun ketinggalan di belakang seteru utamanya, Lewis Hamilton.

Verstappen melalui perlumbaan yang penuh drama dan perjuangan berliku pada musim 2021 terutama ketika bersaing merebut gelaran dunia bersama jaguh Mercedes itu pada pusingan ter­akhir di Litar Yas Marina.

Pelumba Belanda tersebut meraih gelaran juara dunia sulungnya selepas melakar 10 kemenangan musim ini dengan mengumpul 395.5 mata.

Hamilton yang sekadar menamatkan saingan kedudukan kedua di Abu Dhabi pulang hampa apabila sekadar naib juara selepas kekurangan lapan mata perbezaan.

“Sudah pasti perlumbaan hari ini sangat gila dan tidak masuk akal. Terutama bagaimana saya melalui perlumbaan pada hari ini.

“Sudah tentu ia agak sukar kerana saya tidak mempunyai peluang untuk menang sehinggalah pada pusingan terakhir apabila segala-galanya berubah.

“Saya hanya melakukan yang terbaik dan menunggu peluang. Akhirnya ia berakhir dengan kemenangan. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang musim ini dengan menyediakan jentera luar biasa untuk meraih pencapaian ini.

“Anda semua sangat luar biasa dan Sergio Perez, anda benar-benar luar biasa. Kepada keluar­ga dan rakan-rakan saya, terima kasih di atas sokongan selama bertahun-tahun. Saya tidak dapat melakukannya tanpa anda semua.

“Sekarang saya mahu menikmati kejayaan ini. Kepada Orange Army, anda semua sentiasa menakjubkan. Saya harap anda semua juga menikmati kejayaan ini seperti saya,” kata Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI