fbpx

[VIDEO] ‘Nampak ayah tercampak keluar kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Muhammad Afiq (dua dari kiri) bersama arwah ibu dan bapanya.

BALING – Seorang kanak-kanak lelaki menceritakan detik cemas kereta jenis Mazda RX8 yang dinaiki terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan kedua-dua ibu bapanya di Bagan Serai, Perak pada Sabtu lalu.

Muhammad Afiq Muhammad Anas, 8, berkata, kereta yang dipandunya bapanya berpusing selepas hilang kawalan menyebabkan lelaki itu tercampak keluar.

“Kereta yang dipandu ayah tiba-tiba berpusing (hilang kawalan) sebelum saya lihat ayah tercampak keluar dari kereta. Sebelum itu (kejadian), saya dan adik tertidur, namun terjaga kerana kereta berpusing. Kami ketakutan, adik menangis sebelum orang ramai bawa kami keluar dari kereta,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Nahas pada pukul 2 petang itu mengorbankan anggota Tentera Darat, Muhammad Anas Awang, 32, dan isterinya, Siti Hafissah Zamri, 34.

Berita berkaitan: Anggota tentera dan isteri ajal bersama

Pasangan itu meninggal dunia di lokasi kejadian di Kilometer (KM) 181, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bagan Serai. Anak pasangan itu, Muhammad Afiq dan Nur Alya Adriana, 6, terselamat.

Muhammad Afiq memberi­tahu, semasa kejadian, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kulim ke rumah neneknya di Changkat Jering, Perak.

Cerita kanak-kanak itu, dia menghubungi neneknya me­minta mengambil mereka di lokasi kejadian.

Sementara itu, Bashah Bakar, 60, berkata, dia menerima panggilan video daripada dua cucunya pada pukul 2.30 petang yang memaklumkan mereka terlibat dalam kemalangan.

“Opah datang cepat, mama dan ayah mati. Itu ayat yang terpacul daripada mulut cucu saya sebaik menjawab panggilan vi­deo,” ujarnya.

Bashah memberitahu, dia dan suaminya Zamri Mat Nati, 60, akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan dua cucunya itu.

Jenazah pasangan itu dikebumikan di Kuala Ketil di sini pada pukul 10.45 malam kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI