fbpx

MAFI jamin ayam import selamat dan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan pengimportan ayam sejuk beku daripada luar negara ini adalah selamat dan halal.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pengimportan ayam sejuk beku dibuat melalui Jawatankuasa Pengiktirafan Rumah Sembelih bagi Loji Pemprosesan Luar Negara.

“Jawatankuasa ini dianggotai oleh DVS (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia) dan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Jawatankuasa ini adalah merupakan jawatankuasa yang membuat pengiktirafan,” ujarnya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (PN-Sabak Bernam) adakah ayam beku yang diimport halal dan bermutu.

Ronald berkata, ketika ini sebanyak sembilan loji di Thailand dan dua loji di China diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengiktirafan Rumah Sembelih bagi Loji Pemprosesan Luar Negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI