fbpx

Ahli Parlimen BN, Pas sokong Ismail Sabri kekal PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan Ahli Parlimen termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal memimpin negara sehingga berakhir penggal Parlimen pada tahun 2023.

Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) itu mahu Ismail Sabri diberi ruang untuk menyelesaikan isu rakyat yang terkesan akibat penularan Covid-19 serta melaksanakan pemulihan ekonomi.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mewakili kumpulan berkenaan berkata, tempoh 100 hari tidak mencukupi untuk kerajaan pimpinan Ismail Sabri menyelesaikan isu rakyat dan memerlukan lebih masa demi kepentingan rakyat.

“Sekarang ini baru 100 hari dan tidak mungkin dalam 100 hari boleh tunaikan apa yang dijanjikan merangkumi pemulihan ekonomi dan Covid-19

“Kalau nak percepatkan pilihan raya kena luluskan Akta Anti Lompat Parti dulu. Rakyat tidak mahu ini berlaku lagi dan kita perlu selesaikan Undi 18 serta pendaftaran undi automatik.

“Kita kena sokong Perdana Menteri sehingga habis penggal dan kemudian baru adakan pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa pemimpin BN lain serta Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Sementara itu, Mohd. Khairuddin berkata, beliau mewakili Pas menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal dan Pas berdiri teguh di belakang Ismail Sabri.

Kata beliau, Pas menyokong penuh kepemimpinan Ismail Sabri kerana berjaya membawa satu wadah kepimpinan Keluarga Malaysia.

“Kami berdiri penuh bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sehingga akhir penggal,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI