fbpx

Tidak murtad jika sengaja makan daging babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Umat Islam yang sengaja memakan daging khinzir dihukum sebagai berdosa kerana haiwan itu adalah haram di sisi agama berdasarkan pelbagai dalil al-Quran dan hadis.

Bagaimanapun pelakunya tidak pula dianggap jatuh murtad kecuali dia mengatakan secara terang bahawa daging babi sebagai halal kerana menghalalkan apa yang diharamkan syarak.

Demikian pandangan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui penjelasan isu semasa dalam slot Al-Kafi li al-Fatawi yang disiarkan laman sesawang rasminya itu kelmarin.

Pencerahan ini susulan tular dalam media sosial memaparkan ada individu Muslim sengaja makan di restoran bukan Islam yang tiada logo halal malah bangga menikmati hidangan babi.

Menurut agensi tersebut, hukum memakan daging khinzir adalah haram berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 173 yang menyatakan perintah tegas larangan berkenaan.

Isu ini malah turut dihuraikan oleh ramai ulama terkenal antaranya ialah Imam Fakhruddin al-Razi dalam kitab Tafsir al-Kabir Jilid 3 dan Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Tafsir al-Munir Jilid 4.

Tidak ketinggalan ialah Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam kitabnya, Al-Mughni Li Ibn Qudamah dengan merujuk status Muslim yang menghalalkan daging tersebut sebagai jatuh kafir.

Katanya, sesiapa yang beriktikad atau meyakini halal sesuatu perkara yang sudah diharam secara ijmak ulama serta hilang syubhah atau keraguan adalah terkeluar akidah Islamnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI