fbpx

Pembuli boleh disaman – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Zabetha berkongsi mengenai tindakan yang boleh diambil kepada pembuli susulan kejadian tular yang melibatkan kes buli pelajar di asrama baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang peguam berkongsi mengenai tindakan yang boleh diambil ke atas pelaku yang terlibat dalam kejadian membuli pelajar di sebuah sekolah berasrama seperti yang tular baru-baru ini.

Peguam itu, Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, suspek yang terlibat dalam kes membuli boleh dikenakan tindakan atas kesalahan jenayah yang dilakukan mereka dan juga berdepan saman sivil.

“Jenayah bagi hukuman kerana mencederakan (mangsa) manakala sivil pula adalah bagi tuntutan ganti rugi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

Menurut Nor Zabetha, kesemua pelaku perlu diajar bahawa setiap perbuatan yang salah ada akibat dan hukumannya.

“Kita tidak mahu ada lambakan generasi tidak berhati perut membuli macam kes yang berlaku ke atas arwah Zulfarhan (pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) sehingga nyawa terkorban,” katanya.

Sementara itu, beliau turut merujuk satu kes lain melibatkan kes yang sama iaitu buli apabila mangsa berjaya mendapat pampasan ganti rugi disebabkan kecederaan kekal yang dialaminya.

Tambah Nor Zabetha, pelaku yang terlibat dalam kes tersebut telah dijatuhi hukuman setimpal.

Pada masa sama, Nor Zabetha berharap ibu bapa agar memainkan peranan utama dengan sentiasa berpesan kepada anak-anak untuk tidak menjadi pembuli kerana kesannya merosakkan masa depan mereka selain mengakibatkan trauma kepada mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI