fbpx

Remy Ishak, Zul Ariffin ungguli trofi pelakon terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remy Ishak (kanan) dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Zul Ariffin dengan trofi Pelakon Lelaki Terbaik.

PETALING JAYA – Momen indah buat pelakon Zul Ariffin dan Remy Ishak apabila masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), malam tadi.

Lebih manis buat buat Remy atau nama lengkapnya, Mohammad Zalimei Ishak yang pertama kali diberi pengiktirafan di pentas berprestij tersebut.

“Syukur Alhamdulillah, ini paling susah 15 tahun saya tunggu.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan filem Sangkar. Penerbit iaitu Gayatri, pengarah Kabir Bathia dan Zul Ariffin termasuk semua kru produksi filem ini.

“Tanpa mereka semua ini, saya tidak akan berada di sini di pentas FFM31,” kata Remy, 39, ketika memberikan ucapan.

Untuk rekod, sebelum ini, Remy pernah tercalon sebanyak tiga kali sepanjang penganjuran FFM namun edisi ke-31 kali ini merupakan kemenangan pertamanya sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan tanah air.

Dalam  pada itu, Zul Ariffin yang memegang watak utama Adam “The Ace” Abdullah dalam filem Sangkar memanjatkan kesyukuran apabila dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik.

“Alhamdulillah, pertama kali terima kasih kepada Primeworks, Astro Shaw, Infinitus dan semestinya, Gayatri Su-Lin Pillai, Kabir dan Remy tahniah menang tadi.

“Sangkar adalah tentang kekeluargaan, kemaafan dan kesungguhan. Saya rasa, sangkar ada dalam diri kita semua,” kata Zul.

Sebelum ini, Zul pernah memenangi trofi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal pada FFM26.

Sangkar merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia yang turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik.

Filem tersebut mengisahkan permusuhan dan penebusan antara dua orang atlet MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI