fbpx

Remy Ishak dulu pelayan hotel, kini seniman terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pendedahan yang dimuat naik dalam media sosial oleh Aznil berkenaan impian Remy.

PETALING JAYA – Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi mendedahkan bahawa pelakon Remy Ishak pernah datang untuk bertemu dengannya ketika pelakon tersebut bekerja sebagai seorang pelayan di Hotel Mandarin Oriental suatu ketika dahulu.

Menerusi pendedahan yang dibuat dalam media sosial miliknya, Aznil, 59, berkata, Remy pernah datang berjumpa dengannya ketika dia masih bergelar seorang pelayan hotel dan memberitahu bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon.

“Dia (Remy) pernah datang dekat paknil (panggilannya) masa jadi pelayan di Mandarin Oriental. Remy beritahu dia nak jadi pelakon! Sekarang dia adalah seniman terbaik!,” ujar Aznil.

Bekas pengacara rancangan Melodi itu mendedahkan perkara tersebut selepas berkongsi rasa gembira atas kejayaan pelakon Remy menggenggam trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) malam tadi menerusi filem Sangkar.

Ujar Aznil lagi, dia tidak akan berhenti daripada bercerita tentang azam pelakon berusia 39 tahun itu untuk dijadikan contoh kepada pelakon lain supaya tidak berhenti daripada memburu impian menjadi pelakon terbaik.

Sementara itu, Remy menerusi sebuah hantaran video yang dihantar kepada Aznil turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada figura itu kerana banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat buat dirinya.

“Paknil, alhamdulillah. Dapat juga saya pegang trofi daripada FFM. Bukan senang. Paknik sendiri tahu saya bermula daripada mana.

“Paknik tahu macam mana perjalanan seni saya. Alhamdulillah semalam apabila saya diiktiraf oleh FFM dengan diberi penghargaan. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang Paknil beri pada saya selama ini. Kata-kata yang selalu buatkan saya sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik,” ucap Remy.

Untuk rekod, sebelum ini, Remy pernah tercalon sebanyak tiga kali sepanjang penganjuran FFM namun edisi ke-31 kali ini merupakan kemenangan pertamanya sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan tanah air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI