fbpx

Tujuh kluster baharu Covid-19 dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak tujuh lagi kluster baharu dikenal pasti yang menjadi antara penyumbang kepada 5,058 kes positif Covid-19 harian negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 17 kes adalah kes import dengan keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,683,523 kes.

“Selain itu, sebanyak 80 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,978 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

“Kes sembuh mencatatkan 4,997 kes dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,591,819 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 393 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 212 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI